Back to top

Response to " Apakah tindakan susulan yang tepat? (Berita Harian, 4 Feb 2012)

Berita Harian

15 Feb 2012


Status PR penjenayah boleh dibatalkan
 

KAMI merujuk kepada surat Encik Morni Sulaiman, Apakah tindakan susulan yang tepat? (BH, 4 Feb-ruari). 

Pemerintah memandang seius tentang Penduduk Tetap (PR) yang melakukan kesalahan.  Tambaban kepada hukuman yang dikenakan, PR yang didapati melakukan kesalahan boleh dibatalkan status PR-nya. 

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan menimbangkan setiap kes berlandaskan factor seperti keseriusan sesuatu kesalahan, tahap pembabitannya dalam jenayah itu dan tempoh hukuman penjara sebelum keputusan dibuat sama ada harus dibatalkan atau tidak status PR seseorang itu. 

Koh Wee Sing

Ketua, Perhubungan Awam dan Dalaman

ICA   

 



<Original Letter>


Berita Harian

4 Feb 2012


Apakah tindakan susulan yang tepat?

SAYA merujuk kepada beberapa laporan, Wanita didenda $50,000 sebab jadi ejen pekerjaan tanpa lesen (BH, 1 Februari), Lelaki dituduh terima wang curi lebih $182,000 (BH, 28 Januari) dan Didenda dek acu pisau kepada bekas temanita (BH, 27 Januari).

Laporan di atas adalah sebahagian kes salah laku yang membabitkan bakat asing di Singapura. Sejauh ini, pemerintah Singapura bermurah hati memberi peluang kepada bakat asing mencari rezeki di sini.

Dalam soal ini, saya berharap jabatan pemerintah berkenaan dapat menjelaskan soalan-soalan berikut:

[BULLET_TRI]Apakah tindakan susulan selepas penjenayah warga asing ini menjalani hukuman?

[/BULLET_TRI][BULLET_TRI]Adakah status penduduk tetap penjenayah akan dikekalkan setelah mereka menjalami hukuman penjara atau bayaran denda?

Semoga jawapan pihak bertanggungjawab akan dapat menangani keresahan warga Singapura.

Morni Sulaiman